Assalamualaikum... Firstly syukur alhamdulillah hari ni dah start kerja di Les' Copaque.. New life, new career, work environment, new people, new skills and talent..
Monday, 3 March 2014
Friday, 21 February 2014
Design Page Cover untuk Facebook Group SMK Raja Mahadi..
Assalamualaikum.. Haaaahh!! Dah lama tak update facebook group sekolah menengah.. Hari ni ada mood nak design dan berkesempatan siapkan design tersebut..
Taadddaaaa!!
Taadddaaaa!!
SMK Raja Mahadi Facebook Group Page Cover.
Ni dia cover design yang baru..
Emblem SMK Raja Mahadi.
Design-design ni bermotifkan modernization sikit.. Memandangkan dah tempuh tahun baru 2014, jadi buatlah design ni..
Thursday, 20 February 2014
Panggilan dari Les Copaque.
Assalamualaiku.. Berita yang menggembirakan, pagi ni dapat panggilan dari Les Copaque, dari seorang perempuan namanya Nurul, mungkin dia tu salah seorang Operator, HR atau receptionist agaknya.. Dia call dan bagitahu Les Copaque agreed untuk ambil bekerja..
Fuuuhhh!! Lega!! Dah lama cari kerja sejak Oktober 2013 barulah hari ni dapat call di terima bekerja.. Dah banyak hantar Resume dan CV kepada banyak company, banyak interview session dah pergi dekat merata tempat semua tak panggil balik, jadi Les Copaque ni akhirnya dapat juga panggilan..
Mungkin silap sendiri juga, sebab selama ni try apply kerja sebagai Graphic Designer dekat company printing dan advertising.. Memang patut kot tak dapat, bila fikir balik, portfolio, resume dan CV yang ada ni agaknya memang strong dekat bahagian 3D animation dan bukan pada grafik..
Apa pun, Alhamdulillah dapat tawaran kerja..

Tuesday, 18 February 2014
Interview di Les Copaque
Asslamualaikum.. Hari ni selesai interview di Les Copaque di mana Les Copaque ni lah yang buat animasi Upin & Ipin dan Pada Zaman Dahulu.. Interview hari ni adalah untuk apply kerja sebagai animator. Rasa excited dan nervous sikit, apa pun, buat rilek dan cool je..
Pagi dalam pukul 9:40 dijemput masuk ke bilik interview, sesi interview pula ada 2 orang interviewer En. Ashraf (Lead Animator) dan Mis. Yuki (mungkin assistance lead animator). Masa sesi interview ni segala artwork, video dan gambar ditunjuk.. Macam-macam juga ditanya, apa pun kebanyakannya di jawab..
Selesai sesi interview, Ash dan Yuki bawa ke department animator di tingkat 2 studio Les Copaque, wah, rasa teruja tengok ada ramai animator dalam tu tengah animate Upin Ipin dan Pada Zaman Dahulu.. Seperti yang dijangkakan, kelihatan ramai junior-junior dari kolej masa diploma dulu yang dah lama bekerja di Les Copaque.. Jadi perkampungan di situ..
Kemudian, Ash bagi test suruh animate bouncing ball, boling dan belon.. Urgh.. masa ni lah terfikir bukannya pernah pakai software Maya untuk buat 3D atau animate ni, sebelum ni pure pakai software 3D Max. Apa pun, Ash ada ajar serba sedikit key, inteerface dan serba sedikit macam mana nak animate.
Bolehlah guna software tu, animate dan buat kali, hasilnya, adalah nampak jugak.. kira biarlah slow-slow pada mula-mula, nanti kendian bolehlah speed up..
Animate 3 test tu memang boleh siap awal, patut dalam pukul 1 dah siap, tapi sengaja lambat-lambatkan sebab takut nanti buat laju-laju kang Lead Animator pandang dan kata apa pulakan, lagi pun masa interview pagi tu dia ada kata Les Copaque nak kan kualiti. kemudian duduklah animate kat meja tu lama sikit, sambil tu explore lagi yang lain yang ada pada software Maya tu sikit-sikit.
Dalam pukul 4 petang, 3 test tu da siap, tapi masa tu Lead Animator pula tak ada sebab tengah buat preview dengan animator-animator lain. Kemudian bagitahu kepada salah seorang animator yang berdekatan dengan meja Lead Animator tu test semua dah siap dan ada dalam folder sekian.. Kemudian balik..
Good luck for me..

Sunday, 9 February 2014
Kepochi
KEPOCHI.. mesti semua orang tahu apa tu kepochi.. makhluk yang kaki kepoh, kaki report, talam dulang pinggan 2 muka, dan lebih tepat hipokrit.. semua orang mesti kenal kanalan masing-masing yang mungkin KEPOCHI, lebih-lebih lagi di tempat kerja yang kaki kipas dan kaki gossip.. Si kepochi ni sebenarnya tak sedar diri yang semua orang tak suka dekat dia.
Friday, 7 February 2014
Saturday, 1 February 2014
Hari Pertunangan
Assalamualaikum.. Hari ni selesai majlis pertunangan aku di rumah tunang aku di Tasik Raban, Perak. Ras seronok sebabnya lepas ni tak adalah bila bersembang dengan kawan-kawan nak sebut awek awek awek, nampak macam tak proper dan tak ada nilai pula.. jadi lepas ni panggil tunang lebih proper dan sedap didengar.. Majlis tunang aku ni aku rasa merupakan hari yang \ special sebab dibuat pada tarikh lahir aku.. 1 Februari 2014..
Ni set hantaran untuk ke sebelah perempuan, semua ni buat sendiri.. Nak tempah mahal, better buat sendiri..

Ni pulak hantaran dari sebelah pihak perempuan.. Agak banyak, rezeki sebab ada orang sponsor sikit-sikit..

Wednesday, 29 January 2014
Selesai Perbaharui Lesen Baru dan Jenis Lesen yang Baru
Assalamualaikum.. Hari ni, lega satu hari suntuk ni dengan kerenah pergi perbaharui lesen dekat JPJ. Hari terakhir perbaharui lesen 2 tahun lebih yang lepas sebelum berangkat terbang belajar di UK. Perbaharui 2 tahun terus sebab belajar di UK tu 2 tahun, fikir-fikir mana tahukan buatnya boleh pakai untuk memandu di UK, rupanya memang boleh memandu di UK guna lesen dari Malaysia ni tapi tempohnya tahun pertama di UK sahaja boleh guna lesen Malaysia.
Jadi apa yang jadi kerenahnya hari ini ialah, semalam datang ke JPJ waktu tengahari dengan memandu kereta, masuk kawasan JPJ ke kawasan parking kereta macam biasa tekan butang dekat mesin parking tiket, ambil tiket yang keluar dari mesin dan penghadang naik ke atas lalu pandu kereta parking, (saja cerita detail sikit part ni sebab ada sesuatu nak bagitahu nanti). Lepas tu terus naik ke bahagian perbaharu lesen tingkat atas, datang-datang saja Guard yang jaga mesin nombor giliran kata nombor dah habis. Hampa tengahari tu turun balik ke parking, masuk kereta dan pandu keluar nak balik, tapi, masa lalu di pondok mesin tiket tu, serahkan tiket parking tiba-tiba kena bayar RM2, parking tak sampai 10 minit tapi kena bayar pula sedangkan dekat signboard tulis 1 jam pertama RM2, dalam hati 'aik tak sampai 10 minit pun kena bayar?' tak nak rumitkan keadan dengan pakcik jaga pondok tiket tu, bayar saja dan terus pergi.
Datang pula pagi ni kira awal sikit dari semalam, pukul 10 pagi dah lalu dekat mesin tiket JPJ tu, tekan ambil tiket dan parking. Naik atas nasib masih ada nombor giliran, itu pun nombor gilirannya jauh.
Inilah nombor giliran yang dapat, memang jauh. Pukul 10 ke 11 pagi menunggu tu agak geram juga sebab ad 12 kaunter tapi 2 kaunter saja yang dibuka.. Haish.. Rasa geram dengan servis macam tu. Masuk pukul 11 pagi, barulah 5 kaunter lagi dibuka.. Dalam hati fikir ni mesti pegawai-pegawainya lepak sarapan pagi semua dulu baru masuk kerja, tak pun setup apa-apa yang patut dekat belakang baru ke depan jaga kaunter.. Nak Husnu-dzhon lah katakan. Tunggu punya tunggu giliran dari pukul 10 pagi tu, dalam pukul 4 petang barulah dipanggil untuk berurusan di kaunter. 11 pagi sempat pergi kantin sarapan sejam, pukul 3 petang pun sempat lagi makan dan minum petang.. Punyalah lama tunggu akhirnya siap juga berurusan dapatlah lesen memandu jenis yang baru dengan tarikh yang dah diperbaharu
Gambar atas inilah rupanya bentuk lesen memandu yang baru, ala-ala mykad gitu.. tapi kali ni taklah perbaharukan untuk 2 tahun, pertama sebab fikirkan manalah tahukan tahun depan government nak tukar-tukar lagi sistem lesen, government ni suka tukar-tukar sistem je, duit dan not ringgit pun bertukar-tukar saja. keduanya fikirkan sebab nak pakai duit pula hujung bulan ni nak balik kampung untuk bertunang awal bulan Februari, dan yang ketiga pula terfikirkan berapa agaknya kena bayar parking dari pukul 10 pagi sampai 4 petang.. Haaiiihh.. Cepat-cepat turun keluarkan kereta dari parking dan bayar, sekali kena RM7 pula bayaran parking.. Memang gila dan rasa teraniaya sebab dekat JPJ kena bayar parking, mahal, malah 10 minit pun berkira RM2, Jusco pun paking tak sampai 1 jam tak perlu bayar..
Inilah resit bayaran tiket tu..
Ini pula tiket parking tu, yang peliknya, bila baca di belakang tiket tu, ada nama syarikat lain pula yang diberi tanggungjawab uruskan parking tu.. Malah ada cas GST pula kalau tiket ni hilang, adakah harga yang dibayar walaupun tiket ni tak hilang ni memang dah termasuk GST juga? itu yang tak jelas.. Haaiiihh.. semua nak duit saja sekarang ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)