Asslamualaikum.. Hari ni selesai interview di Les Copaque di mana Les Copaque ni lah yang buat animasi Upin & Ipin dan Pada Zaman Dahulu.. Interview hari ni adalah untuk apply kerja sebagai animator. Rasa excited dan nervous sikit, apa pun, buat rilek dan cool je..
Pagi dalam pukul 9:40 dijemput masuk ke bilik interview, sesi interview pula ada 2 orang interviewer En. Ashraf (Lead Animator) dan Mis. Yuki (mungkin assistance lead animator). Masa sesi interview ni segala artwork, video dan gambar ditunjuk.. Macam-macam juga ditanya, apa pun kebanyakannya di jawab..
Selesai sesi interview, Ash dan Yuki bawa ke department animator di tingkat 2 studio Les Copaque, wah, rasa teruja tengok ada ramai animator dalam tu tengah animate Upin Ipin dan Pada Zaman Dahulu.. Seperti yang dijangkakan, kelihatan ramai junior-junior dari kolej masa diploma dulu yang dah lama bekerja di Les Copaque.. Jadi perkampungan di situ..
Kemudian, Ash bagi test suruh animate bouncing ball, boling dan belon.. Urgh.. masa ni lah terfikir bukannya pernah pakai software Maya untuk buat 3D atau animate ni, sebelum ni pure pakai software 3D Max. Apa pun, Ash ada ajar serba sedikit key, inteerface dan serba sedikit macam mana nak animate.
Bolehlah guna software tu, animate dan buat kali, hasilnya, adalah nampak jugak.. kira biarlah slow-slow pada mula-mula, nanti kendian bolehlah speed up..
Animate 3 test tu memang boleh siap awal, patut dalam pukul 1 dah siap, tapi sengaja lambat-lambatkan sebab takut nanti buat laju-laju kang Lead Animator pandang dan kata apa pulakan, lagi pun masa interview pagi tu dia ada kata Les Copaque nak kan kualiti. kemudian duduklah animate kat meja tu lama sikit, sambil tu explore lagi yang lain yang ada pada software Maya tu sikit-sikit.
Dalam pukul 4 petang, 3 test tu da siap, tapi masa tu Lead Animator pula tak ada sebab tengah buat preview dengan animator-animator lain. Kemudian bagitahu kepada salah seorang animator yang berdekatan dengan meja Lead Animator tu test semua dah siap dan ada dalam folder sekian.. Kemudian balik..
Good luck for me..
No comments:
Post a Comment