Jadi apa yang jadi kerenahnya hari ini ialah, semalam datang ke JPJ waktu tengahari dengan memandu kereta, masuk kawasan JPJ ke kawasan parking kereta macam biasa tekan butang dekat mesin parking tiket, ambil tiket yang keluar dari mesin dan penghadang naik ke atas lalu pandu kereta parking, (saja cerita detail sikit part ni sebab ada sesuatu nak bagitahu nanti). Lepas tu terus naik ke bahagian perbaharu lesen tingkat atas, datang-datang saja Guard yang jaga mesin nombor giliran kata nombor dah habis. Hampa tengahari tu turun balik ke parking, masuk kereta dan pandu keluar nak balik, tapi, masa lalu di pondok mesin tiket tu, serahkan tiket parking tiba-tiba kena bayar RM2, parking tak sampai 10 minit tapi kena bayar pula sedangkan dekat signboard tulis 1 jam pertama RM2, dalam hati 'aik tak sampai 10 minit pun kena bayar?' tak nak rumitkan keadan dengan pakcik jaga pondok tiket tu, bayar saja dan terus pergi.
Datang pula pagi ni kira awal sikit dari semalam, pukul 10 pagi dah lalu dekat mesin tiket JPJ tu, tekan ambil tiket dan parking. Naik atas nasib masih ada nombor giliran, itu pun nombor gilirannya jauh.
Inilah nombor giliran yang dapat, memang jauh. Pukul 10 ke 11 pagi menunggu tu agak geram juga sebab ad 12 kaunter tapi 2 kaunter saja yang dibuka.. Haish.. Rasa geram dengan servis macam tu. Masuk pukul 11 pagi, barulah 5 kaunter lagi dibuka.. Dalam hati fikir ni mesti pegawai-pegawainya lepak sarapan pagi semua dulu baru masuk kerja, tak pun setup apa-apa yang patut dekat belakang baru ke depan jaga kaunter.. Nak Husnu-dzhon lah katakan. Tunggu punya tunggu giliran dari pukul 10 pagi tu, dalam pukul 4 petang barulah dipanggil untuk berurusan di kaunter. 11 pagi sempat pergi kantin sarapan sejam, pukul 3 petang pun sempat lagi makan dan minum petang.. Punyalah lama tunggu akhirnya siap juga berurusan dapatlah lesen memandu jenis yang baru dengan tarikh yang dah diperbaharu
Gambar atas inilah rupanya bentuk lesen memandu yang baru, ala-ala mykad gitu.. tapi kali ni taklah perbaharukan untuk 2 tahun, pertama sebab fikirkan manalah tahukan tahun depan government nak tukar-tukar lagi sistem lesen, government ni suka tukar-tukar sistem je, duit dan not ringgit pun bertukar-tukar saja. keduanya fikirkan sebab nak pakai duit pula hujung bulan ni nak balik kampung untuk bertunang awal bulan Februari, dan yang ketiga pula terfikirkan berapa agaknya kena bayar parking dari pukul 10 pagi sampai 4 petang.. Haaiiihh.. Cepat-cepat turun keluarkan kereta dari parking dan bayar, sekali kena RM7 pula bayaran parking.. Memang gila dan rasa teraniaya sebab dekat JPJ kena bayar parking, mahal, malah 10 minit pun berkira RM2, Jusco pun paking tak sampai 1 jam tak perlu bayar..
Inilah resit bayaran tiket tu..
Ini pula tiket parking tu, yang peliknya, bila baca di belakang tiket tu, ada nama syarikat lain pula yang diberi tanggungjawab uruskan parking tu.. Malah ada cas GST pula kalau tiket ni hilang, adakah harga yang dibayar walaupun tiket ni tak hilang ni memang dah termasuk GST juga? itu yang tak jelas.. Haaiiihh.. semua nak duit saja sekarang ni..






No comments:
Post a Comment