Semalam 16 Disember 2013 dijemput ke tayangan perdana filem Laki-Laki di Imax, TGV, Sunwaay Piramid Subang.. Sebuah filem penutup tirai untuk filem terbitan MIG Metrowealth pada tahun 2013 yang makan masa 2 tahun untuk dihasilkan.. Filem bergenre komedi ini mengisahkan 5 orang lelaki yang masing-masing mempunyai profession sendiri, namun begitu mereka menghadapi masalah tersendiri seperti masalah kerjaya, cinta, dan sebagainya.. Mereka ditemukan dan terdampar disebuah pulau ketika dalam perjalanan ke kem motivasi.. Walaubagaimanapun, mereka terpaksa survive di pulau tersebut dimana mereka perlu bekerjasama. Pendapat saya, plot dan jalan cerita filem ini tidaklah begitu melucukan dan agak mendatar.. Apa pun, teruskan sokongan kepada industri filem tanah air..
