Monday, 3 March 2014

First Day Kerja Di Les' Copaque..



Assalamualaikum... Firstly syukur alhamdulillah hari ni dah start kerja di Les' Copaque.. New life, new career, work environment, new people, new skills and talent..


Friday, 21 February 2014

Design Page Cover untuk Facebook Group SMK Raja Mahadi..

Assalamualaikum.. Haaaahh!! Dah lama tak update facebook group sekolah menengah.. Hari ni ada mood nak design dan berkesempatan siapkan design tersebut..

Taadddaaaa!!

SMK Raja Mahadi Facebook Group Page Cover.

Ni dia cover design yang baru.. 


Emblem SMK Raja Mahadi.

Design-design ni bermotifkan modernization sikit.. Memandangkan dah tempuh tahun baru 2014, jadi buatlah design ni..

Thursday, 20 February 2014

Panggilan dari Les Copaque.

Assalamualaiku.. Berita yang menggembirakan, pagi ni dapat panggilan dari Les Copaque, dari seorang perempuan namanya Nurul, mungkin dia tu salah seorang Operator, HR atau receptionist agaknya.. Dia call dan bagitahu Les Copaque agreed untuk ambil bekerja..

Fuuuhhh!! Lega!! Dah lama cari kerja sejak Oktober 2013 barulah hari ni dapat call di terima bekerja.. Dah banyak hantar Resume dan CV kepada banyak company, banyak interview session dah pergi dekat merata tempat semua tak panggil balik, jadi Les Copaque ni akhirnya dapat juga panggilan..

Mungkin silap sendiri juga, sebab selama ni try apply kerja sebagai Graphic Designer dekat company printing dan advertising.. Memang patut kot tak dapat, bila fikir balik, portfolio, resume dan CV yang ada ni agaknya memang strong dekat bahagian 3D animation dan bukan pada grafik..

Apa pun, Alhamdulillah dapat tawaran kerja..

Tuesday, 18 February 2014

Interview di Les Copaque

Asslamualaikum.. Hari ni selesai interview di Les Copaque di mana Les Copaque ni lah yang buat animasi Upin & Ipin dan Pada Zaman Dahulu.. Interview hari ni adalah untuk apply kerja sebagai animator. Rasa excited dan nervous sikit, apa pun, buat rilek dan cool je..

 Pagi dalam pukul 9:40 dijemput masuk ke bilik interview, sesi interview pula ada 2 orang interviewer En. Ashraf (Lead Animator) dan Mis. Yuki (mungkin assistance lead animator). Masa sesi interview ni segala artwork, video dan gambar ditunjuk.. Macam-macam juga ditanya, apa pun kebanyakannya di jawab..

Selesai sesi interview, Ash dan Yuki bawa ke department animator di tingkat 2 studio Les Copaque, wah, rasa teruja tengok ada ramai animator dalam tu tengah animate Upin Ipin dan Pada Zaman Dahulu.. Seperti yang dijangkakan, kelihatan ramai junior-junior dari kolej masa diploma dulu yang dah lama bekerja di Les Copaque.. Jadi perkampungan di situ..

Kemudian, Ash bagi test suruh animate bouncing ball, boling dan belon.. Urgh.. masa ni lah terfikir bukannya pernah pakai software Maya untuk buat 3D atau animate ni, sebelum ni pure pakai software 3D Max. Apa pun, Ash ada ajar serba sedikit key, inteerface dan serba sedikit macam mana nak animate.

Bolehlah guna software tu, animate dan buat kali, hasilnya, adalah nampak jugak.. kira biarlah slow-slow pada mula-mula, nanti kendian bolehlah speed up..

Animate 3 test tu memang boleh siap awal, patut dalam pukul 1 dah siap, tapi sengaja lambat-lambatkan sebab takut nanti buat laju-laju kang Lead Animator pandang dan kata apa pulakan, lagi pun masa interview pagi tu dia ada kata Les Copaque nak kan kualiti. kemudian duduklah animate kat meja tu lama sikit, sambil tu explore lagi yang lain yang ada pada software Maya tu sikit-sikit.

Dalam pukul 4 petang, 3 test tu da siap, tapi masa tu Lead Animator pula tak ada sebab tengah buat preview dengan animator-animator lain. Kemudian bagitahu kepada salah seorang animator yang berdekatan dengan meja Lead Animator tu test semua dah siap dan ada dalam folder sekian.. Kemudian balik..

Good luck for me..

Sunday, 9 February 2014

Kepochi


KEPOCHI.. mesti semua orang tahu apa tu kepochi.. makhluk yang kaki kepoh, kaki report, talam dulang pinggan 2 muka, dan lebih tepat hipokrit.. semua orang mesti kenal kanalan masing-masing yang mungkin KEPOCHI, lebih-lebih lagi di tempat kerja yang kaki kipas dan kaki gossip.. Si kepochi ni sebenarnya tak sedar diri yang semua orang tak suka dekat dia.

Saturday, 1 February 2014

Hari Pertunangan

Assalamualaikum.. Hari ni selesai majlis pertunangan aku di rumah tunang aku di Tasik Raban, Perak. Ras seronok sebabnya lepas ni tak adalah bila bersembang dengan kawan-kawan nak sebut awek awek awek, nampak macam tak proper dan tak ada nilai pula.. jadi lepas ni panggil tunang lebih proper dan sedap didengar.. Majlis tunang aku ni aku rasa merupakan hari yang \ special  sebab dibuat pada tarikh lahir aku.. 1 Februari 2014..

Ni set hantaran untuk ke sebelah perempuan, semua ni buat sendiri.. Nak tempah mahal, better buat sendiri..













Ni pulak hantaran dari sebelah pihak perempuan.. Agak banyak, rezeki sebab ada orang sponsor sikit-sikit..